Posts

Preview

KERJA MENGECAT DI TASIK PUTERI, RAWANG

Image
Assalammualaikum & selamat sejahtera admin YBG ucapkan. Sekian lama YBG tak update blog ye. Harini team YBG nak share tentang kerja2 mengecat yang berjaya disiapkan pada 7 January 2019 haritu.. Alhamdulillah semua kerja berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan mengikut tempoh yang YBG target. Owner rumah kali ni request colour yg terang2 dan nampak ceria. YBG ikut saja asalkan customer happy. Pada mulanya owner hanya bersetuju untuk mengecat tetapi alhamdulillah rezeki YBG.. Setelah tiba dan kami mula menjalankan kerja, owner request untuk install & repair macam2. Install sinki, repair paip, kipas & macam2 lagi. Dan alhamdulillah, owner berpuas hati dengan hasil kerja kami. Jangan segan silu utk call & whatsapp 011-11 448703 (hafiz) untuk sebarang appointment. Terima Kasih atas sokongan anda yg sudi meluangkan masa untuk membaca blog kami.

5 TIPS PENGGUNAAN AIRCOND UNTUK JIMAT ELEKTRIK

Image
Assalammualaikum & selamat sejahtera kepada semua pembaca blog YBG.. terima kasih sudi membaca blog kami ye.. Zaman sekarang ni, majority semua pakai aircond kt rumah kan? tapi macam mana angpa pakai? Melambung dok bil api? Kalini admin nak share tentang macam mana nak pakai aircond dengan betul supaya jimat bil api korang tu ha.. Tips ni dari ACSON ye.. Memiliki penyaman udara di rumah sememangnya merupakan salah satu perbelanjaan bulanan yang paling membebankan. Namun tahukah anda, dengan sedikit perubahan anda boleh mengurangkan bil elektrik tanpa menjejaskan keselesaan? Berikut adalah beberapa tip mudah untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara. Ia bukan sahaja akan membantu anda menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga dan impak terhadap alam sekitar: 1. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah  kapasiti penyejukan  – ia bergantung pada keluasan bilik anda. Kapasiti penyaman u...

TIPS JIMAT ELEKTRIK

Image
Ok, thread kali ni admin YBG nak share tips2 jimatkan elektrik.. Ye lah, kalau bil api mahal, tak menangis nak membayarnya tiap2 bulan? Ye dok? gaji kita pun cukup2 makan je, then nak bayar bil api yg kemain melambung lagi kan.. Tak pasal je korek tabung bulan2 kang. Tips ni admin YBG dpt dari thread hartabumi.com.. Boleh je nak tanya bos YBG sendiri.. Tapi dia sibuk kan.. So kita share... tak salah pun share. betul tak? ok. So here we go ladies & gentleman ..... (dalam hati angpa mesti pelik kan.. ADMIN NI LAKI KE PEREMPUAN..ayat merapu semacam) 😅😅 Biarlah rahsia jantina admin ye... Tujuh daripada sepuluh orang yang menyewa atau mempunyai rumah tidak tahu  cara jimat bil elektrik  rumah mereka. Benarkah?  Berdasarkan  kajian selidik yang dilakukan tim Hartabumi.com via online , rata-rata pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB)  tidak tahu langkah dan cara jimat elektrik sedangkan sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk penjimatan bil elektrik seh...

NEW BUSINESS CARD

Image
Assalammualaikum & Hi semua pembaca blog YBG.. Harini admin tak ada nak post apa pun. Cuma nak cakap yg YBG excited sebab kami  ada BUSINESS CARD yang baru. Admin belanja muka depan je ye.. Nanti admin post full.. In progress ni.. Jangan risau, nanti admin post depan belakang.. Ye, admin tahu,betapa birunya business card kami.. Hehe..Ni mcm official colour utk YBG lah ni. BIRU...Sebiru langit..Sebab biru ni lembut.. Colour yang tak sakit mata kan.. nampak BIRU, ingatlah YBG SERVICE TEAM !!!!!!!! Lebih2 pulak admin kan. Haha. Ok bye. Jangan lupa call/wahtsapp 011-11448703 (HAFIZ) utk buat appointment ye.

PEMASANGAN & PENDAWAIAN POINT WATER HEATER SERTA POINT PAIP

Image
Ok, Semalam Team YBG berjaya siapkan kerja di Kuala Lumpur.. kerja seperti tajuk kat atas.. Kalau anda masih ingt post YBG yg sebelum ni ttg kerja mengecat tu, ha, ini adalah owner yg sama..Alhamdulillah, dia masih menggunakan perkhidmatan YBG kerana berpuas hati katanya. So kerja ni siap dalam masa 2 hari. Actually, sehari je..But ada penambahan sedikit kerja from owner, so dia jadi 2 hari.. And so far, tak ada apa2 complain from owner.. But sorry kalini gambar tak banyak sebab team YBG tekun sngt buat kerja smpai lupa nak ambil gmbr masa pekerja tgh buat kerja.. So gambar dah siap je yang ada.. So sekian lah gambar kami yang tak seberapa banyak tu.. Jangan malu jangan segan untuk call/whatsapp 011-11448703 (hafiz) untuk buat appointment ye.

GUTTER

Image
APA ITU  # GUTTER  ?? # Kebaikkan  /  # kelebihan  : . 1 - Tidak kena tempias hujan, Limpahan air hujan, mengalir dalam pipe terus ke longkang. . 2 - Kayu meleh atau fascial board tidak reput, tidak terkena lelehan air hujan. . 3 - Tiada tompokan air hujan bertakung di tepi rumah. . 4 - Tiada hakisan tanah ditepi longkang (air hujan direct turun dari atap terus ke tanah menyebabkan ade tanah berlubang) . Semua dia atas kelebihannya, secara overall point penting adalah tidak mahu air hujan tempias atau terpaksa pasang gutter berikutan bentuk design atap rumah itu sendiri (kebiasanya dua tingkat/berlapis). . # Kelemahan  /  # keburukkannya  adalah : . 1 - Gutter tersumbat (kebiasaannya di hujung gutter tempat air turun ke downwater pipe) . 2 - Tersumbat dengan daun kering, ranting kayu2, kulat yang tersekat di hujung gutter (water strainer). . 3 - Memerlukan maintenance/pembersihan yang berkala. Ini yang tidak mampu ...

CARA GUNA PETI SEJUK DENGAN BIJAK

Image
Gunakan peti sejuk dengan bijak…  Antara cara-cara menjadi pengguna peti sejuk yang bijak ialah: 1) Memastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat. 2) Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya freezer peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja. 3) Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais. 4) Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda sebab jika cuaca panas, ia akan lebih menggunakan tenaga elektrik untuk menyejukkan suhu dalam peti sejuk. 5) Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.