GUTTER

APA ITU #GUTTER ??

.
1 - Tidak kena tempias hujan, Limpahan air hujan, mengalir dalam pipe terus ke longkang.
.
2 - Kayu meleh atau fascial board tidak reput, tidak terkena lelehan air hujan.
.
3 - Tiada tompokan air hujan bertakung di tepi rumah.
.
4 - Tiada hakisan tanah ditepi longkang (air hujan direct turun dari atap terus ke tanah menyebabkan ade tanah berlubang)
.
Semua dia atas kelebihannya, secara overall point penting adalah tidak mahu air hujan tempias atau terpaksa pasang gutter berikutan bentuk design atap rumah itu sendiri (kebiasanya dua tingkat/berlapis).
.
#Kelemahan / #keburukkannya adalah :
.
1 - Gutter tersumbat (kebiasaannya di hujung gutter tempat air turun ke downwater pipe)
.
2 - Tersumbat dengan daun kering, ranting kayu2, kulat yang tersekat di hujung gutter (water strainer).
.
3 - Memerlukan maintenance/pembersihan yang berkala. Ini yang tidak mampu dilakukan oleh kita semua.
.
4 - Gutter tersumbat, air bertakung, disinilah tempat nyamuk aedes membiak. Nyamuk Aedes memerlukan hanya air sebesar duit 10 cent, utk bertelur dan membiak.
.
5 - Air limpah terkena ceiling luar,meleh –reput dan berkulat.
.
#Terdapat 3 jenis gutter di pasaran
- PVC gutter (4”,6” warna kelabu/putih),
- Aluminium/GI plate gutter
- Concrete Slab/Seloran konkrit
.
Penggunaan element slab concrete gutter memang diakui sangat elegant dan cantik. Ia dapat menaikkan seri sesebuah rumah dan kelihatan mewah. Kebiasaanya kos buat slab concrete gutter dikira lain tidak termasuk dalam harga sekaki.
.
Sekiranya, kawasan rumah tersebut dikelilingi pokok-pokok, amatlah tidak sesuai, kerana risiko gutter tersumbat amatlah tinggi. Even, kawasan rumah adalah tanah lapang, risiko gutter tersumbat masih ada,(kulat, habuk,pasir) menutupi lubang gutter.
.
Kebiasanya kami menggunakan Wire Strainer (Kawat ayam) sebagai filter dihujung dan diatas gutter ditutupi dengan chicken net , bagi mengelakkan kotoran jatuh kedalam gutter. Walabagaimanapun, kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan juga, dengan membuang sampah sarap atas kawat (chicken net).
.
Pendek kata, perlu dilakukan MAINTENANCE PEMBERSIHAN secara berkala.
.
Oleh hal demikian, tuan-puan dapat membuat penilaian sendiri, dalam merancang jenis design rumah yang diinginkan, dengan mengambil kesan buruk sekiranya kita gagal membuat pembersihan gutter dan #RISIKO terkena #DEMAM #DENGGI sangatlah tinggi. Keputusan di tangan anda, lindungilah keluarga anda dari bahaya wabak denggi.


ok. Sekian share dari kami. Terima kasih sudi meluangkan masa utk baca.

Comments

Popular posts from this blog

CARA GUNA PETI SEJUK DENGAN BIJAK

5 TIPS PENGGUNAAN AIRCOND UNTUK JIMAT ELEKTRIK