CARA GUNA PETI SEJUK DENGAN BIJAK
Gunakan peti sejuk dengan bijak…
Antara cara-cara menjadi pengguna peti sejuk yang bijak ialah:
1) Memastikan pintu peti sejuk sentiasa tertutup rapat.
2) Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya freezer peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
3) Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.
4) Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik di dapur anda sebab jika cuaca panas, ia akan lebih menggunakan tenaga elektrik untuk menyejukkan suhu dalam peti sejuk.
5) Jika anda merancang untuk bercuti atau balik kampung, setkan peti ais anda pada suhu yang minima.

Comments
Post a Comment