5 TIPS PENGGUNAAN AIRCOND UNTUK JIMAT ELEKTRIK
Assalammualaikum & selamat sejahtera kepada semua pembaca blog YBG.. terima kasih sudi membaca blog kami ye.. Zaman sekarang ni, majority semua pakai aircond kt rumah kan? tapi macam mana angpa pakai? Melambung dok bil api? Kalini admin nak share tentang macam mana nak pakai aircond dengan betul supaya jimat bil api korang tu ha.. Tips ni dari ACSON ye.. Memiliki penyaman udara di rumah sememangnya merupakan salah satu perbelanjaan bulanan yang paling membebankan. Namun tahukah anda, dengan sedikit perubahan anda boleh mengurangkan bil elektrik tanpa menjejaskan keselesaan? Berikut adalah beberapa tip mudah untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara. Ia bukan sahaja akan membantu anda menjimatkan wang tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga dan impak terhadap alam sekitar: 1. Memilih kapasiti penyejukan yang tepat Faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah kapasiti penyejukan – ia bergantung pada keluasan bilik anda. Kapasiti penyaman u...